Interaksi membawa maksud satu jalinan berkomunikasi antara guru dan pelajar. Komunikasi pula bermaksud pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Jadi, guru dan pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling melengkapi. Terdapat 3 jenis interaksi yang diterapkan oleh guru bagi mendedahkan para pelajarnya untuk mewujudkan interaksi antara guru dan para pelajar seperti interaksi sehala iaitu antara guru dengan pelajar sahaja, interaksi dua hala, dan interaksi pelbagai hala iaitu interaksi kumpulan serta interaksi antara kumpulan.
- Interaksi Sehala
- Pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan guru.
- Dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar untuk belajar
- Dapat memastikan murid faham mengenai sesuatu pelajaran
- Interaksi Dua Hala
- Menjadi dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab
- Tidak belaku interaksi antara rakan sebaya
- Interaksi pasif seperti ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka
- Interaksi Pelbagai Hala
- Bertujuan untuk menggalakan para pelajar aktif dalam Pengajaran & Pembelajaran (PdP)
- Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan sesama mereka dalam sesuatu perbincangan.
Dapat dirumuskan iaitu dengan membentuk para pelajar untuk berinteraksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pembelajaran perlu melibatkan guru. Hal ini kerana guru sangat memainkan peranan penting untuk melibatkan komunikasi berkesan, berpandangan positif, praktikal dan munasabah. Dalam pembelajaran tradisional, proses pembelajaran kebiasaannya berlaku di dalam kelas dengan adanya kehadiran guru.
No comments:
Post a Comment