Pengurusan bilik pembelajaran adalah amat penting dalam memastikan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran yang cekap dan berkesan. Bilik darjah merupakan tempat murid ditempatkan dan di situ juga merupakan tempat di mana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan.
Berdasarkan topik ini didapati bahawa faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah ialah faktor fizikal penyusanan bilik darjah dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof, persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Strategik pengurusan bilik pembelajran meliputi aspek penyusunan tempat duduk pelajar, meja guru dan melakukan rutin bilik darjah. Dari segi bentuk penyusunan kerusi meja pelajar, kedudukan susunan kerusi dan meja pelajar yang sistematik akan memudahkan para pelajar untuk memberi perhatian terhadap apa yang sedang diajar oleh guru di dalam bilik darjah. Manakala, meja guru pula adalah berada di bahagian hadapan kelas dan guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran. Rutin bilik darjah adalah seperti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah dan ianya perlukan dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
Interaksi dalam bilik darjah adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia jenis interaksi bercorak lisan seperti interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan interaksi komputer.
Kepimpinan dan kaedah mengajar guru sememangnya adalah amat mempengaruhi suasana bilik darjah. Suasana Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang demokratik menggalakkan pelajar untuk bekerjasama. Guru boleh mempengaruhi pelajaran secara langsung seperti, sikap selalu marah, memberi arahan dan terlalu kritikal. Guru yang mempengaruhi pelajar secara tidak langsung adalah melalui menerima perasaan pelajar tanpa menakutkannya, memuji pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan dan menerima idea pelajar lain.
Terdapat beberapa elemen-elemen komunkasi yang berkesan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru hendaklah seorang yang bermaklumat dan mempunyai pengetahuan. Berkemahiran berucap dalam menyampaikan idea. Ini ditentukan oleh elemen-elemen seperti telah menguasai isi pelajaran; mampu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, kontak mata, bahasa badan, sentuhan, merumus isi pelajaran dalam bahasa yang mudah bersedia berbincang dengan murid. Komunikasi merupakan eleman yang sangat penting dalam menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan dan lancar.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah haruslah dilakukan melalui kerjasaa diantara guru dan pelajar bagi memastikan suasana kelas sentiasa ceria dan selesa lantas dapat mengurangkan masalah disiplin.
No comments:
Post a Comment